More

    realme dedahkan peranti konsep baharu dengan bateri 10,000mAh, setebal 8.5mm

    realme mengejutkan dunia teknologi dengan konsep telefon pintar baharu yang hadir dengan bateri 10,000mAh, namun kekal dengan reka bentuk nipis di bawah 8.5mm dan berat hanya 200 gram. Rahsianya, realme menggunakan teknologi bateri silikon beranod tinggi dengan 10% kandungan silikon memberikan ketumpatan tenaga sangat tinggi iaitu 887Wh/L.

    Ini menjadikannya paling canggih dalam industri setakat ini. Bukan itu sahaja, telefon ini direka menggunakan “Mini Diamond Architecture” iaitu susun atur dalaman ultra padat yang membolehkan ruang optimum untuk bateri besar sambil memuatkan papan induk Android terkecil di dunia dengan hanya 23.4mm lebar.

    Satu lagi ciri menarik ialah bahagian belakangnya separa telus yang membolehkan pengguna melihat komponen dalaman seperti bateri dan papan litar utama. Ia memberikan pengalaman futuristik dan unik. realme juga dilaporkan telah mempatenkan lebih 60 rekaan dan inovasi daripada konsep ini.

    Ia dijangka menjadi asas kepada telefon realme akan datang termasuk siri GT 7. Adakah ini permulaan kepada era telefon pintar dengan bateri tahan dua hari penuh tanpa perlu dicas? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: FoneArena

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...