Site icon TechNave BM

realme GT 2 Pro antara telefon “flagship” pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1

Pada Qualcomm Snapdragon Tech Summit Digital 2021, realme mengumumkan mereka akan melancarkan telefon pintar yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1 iaitu realme GT 2 Pro

Menurut naib Presiden realme, Chase Xu, realme telah membangunkan realme GT 2 Pro beberapa bulan lalu dan akan dilancarkan di seluruh dunia.

realme dan Qualcomm Technologies telah bekerjasama sejak dulu lagi untuk membawa telefon pintar berkualiti tinggi. Pada tahun 2021, realme merupakan salah satu pengeluar pertama yang menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 888  pada  realme GT dan cipset Qualcomm Snapdragon 870 5G pada realme GT Master Edition. 

Dengan prestasi hebat dan keupayaan 5G terbaik, cipset Snapdragon 8 Gen 1 dapat meningkatkan prestasi realme GT 2 Pro andalan dari segi permainan, keupayaan AI dan 5G. Telefon pintar ini turut bakal menjadi telefon andalan premium pertama realme yang dilengkapi cipset tersebut.

realme dan Qualcomm Technologies akan terus bekerjasama untuk memberi pengalaman prestasi premium baharu yang baik kepada pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version