Site icon TechNave BM

realme GT 5G dilancar secara global : SD 888, skrin AMOLED 120Hz, harga bermula ~ RM1,840

realme hari ini telah melancarkan telefon pintar andalan mereka, realme GT 5G secara global. Sebelum ini, realme GT 5G hanyalah dijual di pasaran China sahaja, kini ia boleh didapati oleh semua pengguna di serata dunia.

Antara spesifikasi menarik yang ada pada realme GT 5G adalah skrin Super AMOLED 120Hz, cipset Snapdragon 888, pengecasan pantas 65W dan lebih lagi. Berikut adalah spesifikasi penuh realme GT 5G.

realme GT 5G ditawarkan dengan dua jenis panel belakang yang berbeza iaitu panel belakang kaca dan panel belakang kulit (vegan leather). Panel belakang kulit adalah khas untuk warna Racing Yellow sahaja.

Berikut adalah harga realme GT 5G untuk memori yang berbeza:

Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadiran peranti ini di Malaysia. Namun, kami menjangkakan bahawa ia akan memasuki pasaran tempatan dalam masa yang terdekat.

Adakah anda meminati peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version