More

    realme GT 5G dilancar secara global : SD 888, skrin AMOLED 120Hz, harga bermula ~ RM1,840

    realme hari ini telah melancarkan telefon pintar andalan mereka, realme GT 5G secara global. Sebelum ini, realme GT 5G hanyalah dijual di pasaran China sahaja, kini ia boleh didapati oleh semua pengguna di serata dunia.

    Antara spesifikasi menarik yang ada pada realme GT 5G adalah skrin Super AMOLED 120Hz, cipset Snapdragon 888, pengecasan pantas 65W dan lebih lagi. Berikut adalah spesifikasi penuh realme GT 5G.

    • Berat 186g
    • Dimensi : 158.5 x 73.3 x 8.4mm (kaca) / 9.1mm (kulit)
    • Cipset Snapdragon 888 5G, GPU Adreno 660
    • LPDDR5 RAM 8GB/12GB, storan 128GB/256GB jenis UFS 3.1
    • Sistem penyejukan keluli tahan karat, mod GT
    • Skrin 6.43 inci Super AMOLED
    • Kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 360Hz
    • Sensor cap jari bawah skrin jenis optikal
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Rakaman video sehingga 4K 60fps, penstabilan EIS
    • Kamera swafoto 16MP f/2.5, rakaman video sehingga 1080p 30fps
    • Pembesar suara stereo + bicu audio 3.5mm
    • Sokongan Dolby Atmos, Hi-Res Audio
    • Sokong Bluetooth 5.2, NFC, port USB-C
    • Bateri 4,500mAh serta pengecasan pantas 65W (100% dalam 35min)
    • Perisian Android 11 bersama antara muka realme UI 2.0
    • Pilihan warna Dashing Silver (Perak), Dashing Blue (Biru), Racing Yellow (Kuning)

    realme GT 5G ditawarkan dengan dua jenis panel belakang yang berbeza iaitu panel belakang kaca dan panel belakang kulit (vegan leather). Panel belakang kulit adalah khas untuk warna Racing Yellow sahaja.

    Berikut adalah harga realme GT 5G untuk memori yang berbeza:

    • RAM 8GB + storan 128GB – €449 (~RM2,239) – Promosi €369 (~RM1,840) di AliExpress (21-25 Jun)
    • RAM 12GB + storan 256GB – €599 (~RM2,987)

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadiran peranti ini di Malaysia. Namun, kami menjangkakan bahawa ia akan memasuki pasaran tempatan dalam masa yang terdekat.

    Adakah anda meminati peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured