Site icon TechNave BM

realme GT 5G dilancar: Snapdragon 888, AMOLED 120Hz, cas pantas 65W bermula ~RM1,755

Terkini, realme telah melancarkan peranti pertamanya dengan Snapdragon 888 di pasaran China terlebih dahulu. realme GT 5G merupakan peranti andalan yang hadir dengan rekaan dan spesifikasi menarik, bermula pada harga 2799 Yuan (~RM1,755)*.

Selain Snapdragon 888, realme GT 5G memiliki spesifikasi skrin tahap andalan Super AMOLED 120Hz dan dipadankan dengan sistem penyejukan cecair 3D. Ia juga hadir dengan kombinasi bateri berkapasiti besar 4500mAh dan cas pantas 65W. Anda boleh menyemak spesifikasi asas realme GT 5G seperti di bawah.

realme GT 5G dijual di pasaran China bermula pada harga asal 2,899 Yuan (~RM1,818) dan harga pengenalannya bermula pada 2799 Yuan (~RM1,755). Anda boleh lihat senarai harga asal dan harga pengenalannya di pasaran China seperti di bawah.

Setakat ini, kami masih belum mendapat maklumat mengenai kehadirannya di pasaran Malaysia, namun anda boleh menjangkakan kehadiran peranti ini di pasaran tempatan memandangkan realme melancarkan peranti andalannya di Malaysia pada tahun sebelum ini.

Adakah anda berminat dengan realme GT? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version