More

    realme GT 5G dilancar: Snapdragon 888, AMOLED 120Hz, cas pantas 65W bermula ~RM1,755

    Terkini, realme telah melancarkan peranti pertamanya dengan Snapdragon 888 di pasaran China terlebih dahulu. realme GT 5G merupakan peranti andalan yang hadir dengan rekaan dan spesifikasi menarik, bermula pada harga 2799 Yuan (~RM1,755)*.

    Selain Snapdragon 888, realme GT 5G memiliki spesifikasi skrin tahap andalan Super AMOLED 120Hz dan dipadankan dengan sistem penyejukan cecair 3D. Ia juga hadir dengan kombinasi bateri berkapasiti besar 4500mAh dan cas pantas 65W. Anda boleh menyemak spesifikasi asas realme GT 5G seperti di bawah.

    • Snapdragon 888
    • RAM LPDDR5 8GB/12GB + storan UFS3.1 128GB/256GB
    • Skrin Super AMOLED 6.43 inci + kadar segar semula 120Hz
    • Kamera utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP lensa telefoto
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4500mAh
    • Cas pantas 65W
    • Menyokong sensor cap jari di bawah skrin
    • Dioperasikan realme UI 2.0 berasaskan Android 11
    • Dilengkapi Hyper Boost 4.0
    • Bicu audio 3.5mm
    • Pilihan warna God of War Special Edition Dawn, Galaxy Warship dan Deep Sea Airship (nama warna diterjemahkan secara langsung dari bahasa Mandarin)

    realme GT 5G dijual di pasaran China bermula pada harga asal 2,899 Yuan (~RM1,818) dan harga pengenalannya bermula pada 2799 Yuan (~RM1,755). Anda boleh lihat senarai harga asal dan harga pengenalannya di pasaran China seperti di bawah.

    • realme GT 5G 8GB+128GB = Harga asal 2,899 Yuan (~RM1,818) | Harga pengenalan 2799 Yuan (~RM1,755)
    • realme GT 5G 12GB+256GB = Harga asal 3,399 Yuan (~RM2,131) | Harga pengenalan 3299 Yuan (~RM2,069)

    Setakat ini, kami masih belum mendapat maklumat mengenai kehadirannya di pasaran Malaysia, namun anda boleh menjangkakan kehadiran peranti ini di pasaran tempatan memandangkan realme melancarkan peranti andalannya di Malaysia pada tahun sebelum ini.

    Adakah anda berminat dengan realme GT? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured