Site icon TechNave BM

realme GT 7 Pro Racing Edition akan dilancar pada 13 Februari 2025

Pada tahun lalu, realme GT 7 Pro merupakan telefon pertama di Malaysia yang dilengkapi cipset flagship Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang menawarkan prestasi pantas untuk setiap kegunaan. Kini, realme akan melancarkan varian baharu untuk telefon itu di China iaitu realme GT 7 Pro Racing Edition.

realme GT 7 Pro Racing Edition bakal mempunyai cipset Snapdragon 8 Elite seperti varian asal, namun jumlah kameranya telah diturunkan sedikit, di mana ia hanya mempunyai dua kamera sahaja (realme GT 7 Pro asal mempunyai tiga kamera). Masih tidak diketahui kamera manakah yang dibuang dalam varian baharu ini.

Ia akan didatangkan dalam dua pilihan warna baharu iaitu kelabu gelap Star Trace Titanium dan biru muda Neptune Discovery Edition. Warna biru itu bakal mempunyai corak pusaran yang menyerupai permukaan planet Neptun.

Setakat ini masih tiada maklumat jika ia akan turut dilancar dalam pasaran Malaysia. Jika anda berminat dengan realme GT 7 Pro asal, jangan lupa untuk baca ulasan kami terlebih dahulu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version