Site icon TechNave BM

realme GT Neo dilancar: Telefon pertama dengan cipset Dimensity 1200 bermula ~RM1,139

Selepas melancarkan telefon andalan realme GT dengan cipset Snapdragon 888 pada awal bulan ini, kini realme melancarkan sebuah lagi telefon pintar andalan di China iaitu realme GT Neo yang merupakan telefon pertama dalam dunia dilengkapi cipset Dimensity 1200.

Dimensity 1200 menampilkan lapan teras yang dibuat dengan proses 6nm, terdiri daripada satu teras ARM Cortex-A78 3.0GHz, tiga teras ARM Cortex-A78 2.6GHz dan empat teras Cortex-A55 2.0GHz. Untuk unit pemproses grafik (GPU) pula, ia dilengkapi ARM Mali-G77.

Daripada segi rekaan, realme GT Neo menampilkan jalur menegak yang selari dengan bonggol kameranya. Ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, perak dan corak Gradient.

Spesifikasi lain untuk telefon ini juga tidak kurang hebatnya, dengan kamera utama 64MP, dwi-pembesar suara stereo Dolby Atmos, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 50W. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT Neo:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version