Site icon TechNave BM

realme GT Neo2 5G dilancar di Malaysia: SD 870, AMOLED 120Hz, 65W SuperDart bermula RM1,999

Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme GT Neo2 5G. Telefon ini dilengkapi pelbagai spesifikasi yang sangat menarik seperti cipset Snapdragon 870, skrin AMOLED E4 120Hz dan pengecasan pantas 65W SuperDart.

Rekaan belakangnya mempunyai jalur hitam yang sinonim dengan jenama realme GT dan ditawarkan dalam dua warna iaitu hijau NEO Green atau biru NEO Blue.

Untuk tujuan penyejukan, ia dilengkapi Stainless Steel Vapor Cooling Plus yang terdiri daripada lapan lapisan termasuklah papan komposit besi+tembaga seluas 4,129mm persegi, material gel berlian (diamond gel) dan aloi tembaga. Dengan teknologi ini, realme mengatakan ia akan meningkatkan pelesapan haba sebanyak 20%.

Buat mereka yang ingin meningkatkan prestasi telefon ini sewaktu gaming, ia mempunyai mod GT Mode 2.0 di mana apabila ia diaktifkan, boleh meningkatkan prestasi CPU dan kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate).

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT Neo2 5G:

realme Malaysia akan menganjurkan promosi awal untuk realme GT Neo2 5G, di mana ia akan dijual pada harga promosi RM1,999 sahaja dalam masa terhad. Ia akan mula dijual pada 11 November 2021 di laman rasmi realme Malaysia dalam Lazada dan Shopee.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version