More

    realme GT Neo2 5G dilancar di Malaysia: SD 870, AMOLED 120Hz, 65W SuperDart bermula RM1,999

    Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme GT Neo2 5G. Telefon ini dilengkapi pelbagai spesifikasi yang sangat menarik seperti cipset Snapdragon 870, skrin AMOLED E4 120Hz dan pengecasan pantas 65W SuperDart.

    Rekaan belakangnya mempunyai jalur hitam yang sinonim dengan jenama realme GT dan ditawarkan dalam dua warna iaitu hijau NEO Green atau biru NEO Blue.

    Untuk tujuan penyejukan, ia dilengkapi Stainless Steel Vapor Cooling Plus yang terdiri daripada lapan lapisan termasuklah papan komposit besi+tembaga seluas 4,129mm persegi, material gel berlian (diamond gel) dan aloi tembaga. Dengan teknologi ini, realme mengatakan ia akan meningkatkan pelesapan haba sebanyak 20%.

    Buat mereka yang ingin meningkatkan prestasi telefon ini sewaktu gaming, ia mempunyai mod GT Mode 2.0 di mana apabila ia diaktifkan, boleh meningkatkan prestasi CPU dan kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate).

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT Neo2 5G:

    • Skrin AMOLED E4 berukuran 6.62 inci
    • Kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 600Hz, keterangan 1,300nits
    • Sokongan HDR10+, nisbah kontras warna 5,000,000:1
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 870 5G
    • RAM 12GB, sokong Dynamic RAM Expansion sebanyak 7GB
    • Storan UFS 3.1 256GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 65W SuperDart, pengecasan penuh dalam masa 36 minit
    • Motor linear paksi X
    • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Pengimbas cap jari optikal bawah skrin
    • Menyokong hubungan Wi-Fi 6
    • Perisian realmeUI 2.0 berdasarkan Android 11
    • Pilihan warna NEO Green atau NEO Blue
    • Harga pasaran: RM2,099

    realme Malaysia akan menganjurkan promosi awal untuk realme GT Neo2 5G, di mana ia akan dijual pada harga promosi RM1,999 sahaja dalam masa terhad. Ia akan mula dijual pada 11 November 2021 di laman rasmi realme Malaysia dalam Lazada dan Shopee.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured