Site icon TechNave BM

realme GT5 Pro dilancar: SD 8 Gen 3, cas pantas 100W, skrin AMOLED 144Hz 4,500 nits bermula ~RM2,160

Pada hari ini, realme telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru di China iaitu realme GT5 Pro. Ia merupakan antara telefon terawal yang dilengkapi cipset tercanggih Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 3, selepas siri Xiaomi 14 dan iQOO 12 5G.

realme GT5 Pro akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam Starry Night, oren Red Rock dan putih Bright Moon. Warna oren dan putih itu mempunyai permukaan kulit vegan leather, manakala warna hitam pula mempunyai permukaan kaca bertekstur. Ia turut mempunyai rating kalis air IP64 untuk melindunginya daripada percikan air dan tiupan habuk.

Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 2780×1264, kadar segar semula 144Hz, kadar bacaan sentuh 2,160Hz dan kecerahan puncak setinggi 4,500 nits, membuatkannya antara skrin yang paling cerah dalam pasaran pada waktu ini.

Selain itu, ia turut mempunyai pembesar suara stereo Dolby Atmos serta motor getaran linear untuk penggunaan yang lebih responsif.

Memorinya terdiri daripada RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB, manakala storannya terdiri daripada UFS 4.0 256GB, 512GB atau 1TB. Ia turut dilengkapi sistem penyejukan kamar wap seluas 12,000mm per segi.

Satu lagi ciri menarik pada realme GT5 Pro adalah bateri 5,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan pengecasan wayarles 50W. Walaupun ia tidak setaraf dengan pengecasan pantas 240W pada realme GT3, ini masih lagi satu kadar yang sangat pantas.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor LYT-808 berukuran 1/1.4 inci, kamera telefoto periskop 50MP dengan sensor Sony IMX890 berukuran 1/1.56 inci dan kamera ultra-lebar 8MP dengan sensor Sony IMX355 1/4.0 inci.

realme GT5 Pro akan dijual di China pada harga berikut:

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme

Exit mobile version