Site icon TechNave BM

realme kini mempunyai 300 juta pengguna global sejak ditubuhkan pada 2018

realme hari ini mengumumkan pencapaian baharu apabila berjaya melepasi 300 juta pengguna global berdasarkan data terkini yang disahkan oleh Counterpoint. Kejayaan ini dicapai menjelang ulang tahun ke-7 jenama tersebut sejak ditubuhkan pada 2018. Untuk pengetahuan, realme mencatat 100 juta pengguna pada tahun 2021 dan meningkat kepada 200 juta pada 2023.

Ia menjadikan realme antara jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia dan berusaha untuk menjadi pilihan bagi generasi muda dengan menawarkan teknologi canggih yang mampu milik. Barisan produknya meliputi pelbagai kategori termasuk model andalan siri GT, Number Series untuk pilihan pertengahan dan model C untuk segmen bajet.

Dalam usaha untuk terus relevan dalam kalangan pengguna muda, realme aktif menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jenama antaranya Lonely Planet, Dragon Ball, Naruto, FreeFire dan pasukan Aston Martin Aramco Formula 1.

Mereka turut membina komuniti aktif dengan lebih 15 juta peminat di seluruh dunia dan menganjurkan acara tahunan 828 Global Fan Festival pada 28 Ogos. Bagi tahun ini, realme Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti luar talian dan kempen jualan menarik sebagai penghargaan kepada peminat tempatan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version