More

    realme bekerjasama dengan pasukan F1 Aston Martin untuk perkenal GT 7 Dream Edition

    realme hari ini mengumumkan kerjasama strategik selama tiga tahun bersama pasukan Aston Martin Aramco Formula One® Team. Perkongsian ini turut disertai dengan pelancaran telefon pintar edisi khas iaitu realme GT 7 Dream Edition. Menariknya, rekaan edisi khas ini akan menampilkan elemen “scarab wings” sebagai simbol harapan dan semangat untuk mara lebih jauh.

    realme GT 7 Dream Edition menggabungkan ciri prestasi tinggi dengan reka bentuk yang berani dan inovatif. Menurut realme, lebih banyak kolaborasi yang bakal menyusul sepanjang tempoh kerjasama ini. realme GT 7 Dream Edition yang diperkenalkan dalam kerjasama ini tampil dengan rekaan dua sayap yang ikonik serta kemasan warna eksklusif Aston Martin Green.

    Peranti ini dilengkapi cip MediaTek Dimensity 9400e dan bateri bersaiz besar 7000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Ia mengekalkan DNA siri GT sebagai telefon pintar berprestasi tinggi yang sering digelar “flagship killer”. Melalui kerjasama strategik, kedua-dua pihak turut merancang untuk membangunkan dua model edisi khas setiap tahun.

    realme GT 7 dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 27 Mei 2025. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.realme.com/my atau hubungi wakil media yang disenaraikan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...