realme melancarkan program beta realme UI 5.0 untuk pengguna GT2 Pro di mana permohonan awal boleh dilakukan bermula 2 November 2023 secara berperingkat. Pengguna yang menyertai program ini akan mendapat pratonton pelbagai ciri yang diperkemaskan termasuk peningkatan keselamatan dan privasi dan peningkatan prestasi untuk kestabilan sistem.
Kelajuan aplikasi dan penambahbaikan sistem seperti sokongan aplikasi yang diperluas untuk APP Cloner dan tetapan Media Output di Pusat Kawalan turut termasuk dalam senarai. Reka bentuk telah dikemaskini dengan gaya visual yang lebih selesa, nada dering baru dan animasi sistem yang lebih lancar.
Pemohon perlu mematuhi keperluan tertentu seperti memastikan telefon mereka tidak di-root, membuat salinan data peribadi untuk mengelakkan kehilangan data dan mengemaskini semua aplikasi ke versi terkini. Versi akses awal mungkin mempunyai kesan yang tidak dapat diramalkan pada telefon dan sekurang-kurangnya memerlukan penyimpanan ruang 15GB.
Untuk memohon program akses awal realme UI 5.0, pengguna perlu:
- Pastikan realme GT2 Pro mempunyai sekurang-kurangnya 60% bateri
- Kemas kini peranti kepada versi UI yang diperlukan → RMX3301_13.1.0.506(EX01)
- Buka Mod Pembangun. (Tetapan → Perihal peranti → Versi → Nombor Versi → Klik nombor versi untuk 7 kali berturut-turut)
- Mohon untuk Akses Awal melalui saluran Aplikasi Kemas Kini Perisian:
- (Tetapan → Perihal peranti → Klik pada sepanduk “realme UI 4.0” di bahagian atas → Klik pada tiga titik di sudut kanan atas → Program Beta → Akses Awal → Mohon Sekarang → Serahkan butiran anda dan selesaikan permohonan).
Tiada jaminan bahawa setiap pemohon akan menerima kemas kini kerana faktor yang tidak dapat diramalkan, tetapi mereka dinasihatkan untuk bersabar. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melawat laman web rasmi realme. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

