More

    realme lancarkan program beta realme UI 5.0 untuk pengguna GT2 Pro

    realme melancarkan program beta realme UI 5.0 untuk pengguna GT2 Pro di mana permohonan awal boleh dilakukan bermula 2 November 2023 secara berperingkat. Pengguna yang menyertai program ini akan mendapat pratonton pelbagai ciri yang diperkemaskan termasuk peningkatan keselamatan dan privasi dan peningkatan prestasi untuk kestabilan sistem.

    Kelajuan aplikasi dan penambahbaikan sistem seperti sokongan aplikasi yang diperluas untuk APP Cloner dan tetapan Media Output di Pusat Kawalan turut termasuk dalam senarai. Reka bentuk telah dikemaskini dengan gaya visual yang lebih selesa, nada dering baru dan animasi sistem yang lebih lancar.

    Pemohon perlu mematuhi keperluan tertentu seperti memastikan telefon mereka tidak di-root, membuat salinan data peribadi untuk mengelakkan kehilangan data dan mengemaskini semua aplikasi ke versi terkini. Versi akses awal mungkin mempunyai kesan yang tidak dapat diramalkan pada telefon dan sekurang-kurangnya memerlukan penyimpanan ruang 15GB.

    Untuk memohon program akses awal realme UI 5.0, pengguna perlu:

    1. Pastikan realme GT2 Pro mempunyai sekurang-kurangnya 60% bateri
    2. Kemas kini peranti kepada versi UI yang diperlukan → RMX3301_13.1.0.506(EX01)
    3. Buka Mod Pembangun. (Tetapan → Perihal peranti → Versi → Nombor Versi → Klik nombor versi untuk 7 kali berturut-turut)
    4. Mohon untuk Akses Awal melalui saluran Aplikasi Kemas Kini Perisian:
    5. (Tetapan → Perihal peranti → Klik pada sepanduk “realme UI 4.0” di bahagian atas → Klik pada tiga titik di sudut kanan atas → Program Beta → Akses Awal → Mohon Sekarang → Serahkan butiran anda dan selesaikan permohonan).

    Tiada jaminan bahawa setiap pemohon akan menerima kemas kini kerana faktor yang tidak dapat diramalkan, tetapi mereka dinasihatkan untuk bersabar. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melawat laman web rasmi realme. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...