Site icon TechNave BM

realme Malaysia akan lancarkan 4 produk sukan baru pada 20 Mei

realme Malaysia bakal menganjurkan pelancaran AIoT Sports Launch pada hari Khamis, 20 Mei jam 12:00 tengah hari, di mana syarikat teknologi itu akan melancarkan empat produk baru iaitu jam tangan realme Watch 2 Pro, pembesar suara realme Pocket Bluetooth Speaker serta fon telinga realme Buds Wireless 2 dan realme Buds wireless 2 Neo.

Ini bakal menjadi acara realme AIoT terbaru selepas yang terakhir pada 30 April lalu, di mana realme Malaysia melancarkan realme Buds Q2, realme Buds Air 2 Neo, realme Watch, Cobble Bluetooth Speaker dan banyak lagi.

Adakah anda berminat dengan mana-mana produk di atas? Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton pelancaran realme AIoT Sports Launch pada Khamis ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version