Site icon TechNave BM

realme Malaysia anjurkan promosi 5.5 Pesta Raya di Shopee, diskaun sehingga 54% untuk pelbagai gajet

Sempena kempen 5.5 Pesta Raya Deals di Shopee pada 5 Mei (esok), realme Malaysia akan mengajurkan promosi khas di mana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 54% untuk pelbagai produk daripada jenama tersebut.

Antara produk yang dijual pada harga diskaun adalah fon telinga wayarles realme Buds Q2 yang dilengkapi teknologi 88ms Super Low Latency dalam Gaming Mode serta bateri yang boleh bertahan untuk penggunaan sehingga 20 jam. Ia akan dijual pada harga RM79 pada 5 Mei, iaitu lebih murah daripada harga asalnya RM129.

Selain itu, realme Malaysia juga akan melancarkan lampu realme Motion Activated Night Light pada harga istimewa RM39. Lampu automatik ini boleh diaktifkan dengan gerakan badan sahaja dan dikuasai oleh tiga bateri AAA yang boleh tahan sehingga 365 hari. Dengan pengesan infra-merah, ia mampu mengesan gerakan sejauh 6 meter manakala cahayanya tidak akan menyakitkan mata.

Kedua-dua produk ini telah dilancar dalam acara realme AIoT pada bulan lalu. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli-belah produk realme esok dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version