Site icon TechNave BM

realme Narzo 50A akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G85

Telefon pintar kelas pertengahan realme Narzo 30A telah diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada bulan Mac lalu dan kini realme sedang bersiap untuk melancarkan sekuel kepada telefon tersebut iaitu realme Narzo 50A. Spesifikasinya telah pun tertiris pada bulan Ogos lalu, namun kini kita sudah mempunyai satu maklumat rasmi tentang Narzo 50A.

Menurut ketua pemasaran (CMO) realme India dan Eropah, Francis Wong, realme Narzo 50A bakal dilengkapi cipset MediaTek Helio G85. Sebagai cipset kelas pertengahan, ia terdiri daripada dua teras CPU Cortex-A75 2GHz dan enam teras Cortes-A55 1.8GHz, manakala GPU pula adalah Mali G52 MC2 1GHz.

realme Narzo 30A juga sebenarnya dilengkapi cipset yang sama, jadi spesifikasi lain yang ditawarkan Narzo 50A juga mungkin tidak banyak berbeza. Spesifikasi yang telah tertiris sebelum ini menyatakan Narzo 50A mempunyai nombor model RMX3430 dengan kamera utama 12.5MP dan kamera swafoto 8MP.

Jika anda berminat untuk memiliki realme Narzo 30A, jangan lupa untuk baca dahulu ulasan kami tentangnya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version