Site icon TechNave BM

realme Note 60x dilancar di Malaysia: Bateri 5,000mAh, skrin 90Hz, RAM 12GB berharga RM369

realme Malaysia hari ini melancarkan telefon pintarnya yang pertama untuk tahun 2025 iaitu realme Note 60x. Ia merupakan sebuah telefon mampu milik yang dilengkapi spesifikasi asas untuk kegunaan harian anda, dan dijual pada harga serendah RM369.

Telefon ini mempunyai binaan ArmorShell Protection yang menawarkan ketahanan tinggi, jadi anda tidak perlu risau jika ia terjatuh. Selain itu, ia juga mempunyai rating kalis air IP54 yang bermaksud ia boleh dikenakan simbahan air tanpa masalah.

Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hijau Wilderness Green dan hitam Marble Black. Ia mempunyai berat 187 gram sahaja dan ketebalan 7.84mm yang membuatkannya mudah digenggam pada tangan.

Antara spesifikasi menarik untuk telefon ini adalah skrin dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh, RAM dinamik sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 128GB.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme Note 60x:

Setiap pelanggan realme Note 60x akan menerima Waranti Lanjutan 1 Tahun (bernilai RM149). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version