More

    realme Note 60x dilancar di Malaysia: Bateri 5,000mAh, skrin 90Hz, RAM 12GB berharga RM369

    realme Malaysia hari ini melancarkan telefon pintarnya yang pertama untuk tahun 2025 iaitu realme Note 60x. Ia merupakan sebuah telefon mampu milik yang dilengkapi spesifikasi asas untuk kegunaan harian anda, dan dijual pada harga serendah RM369.

    Telefon ini mempunyai binaan ArmorShell Protection yang menawarkan ketahanan tinggi, jadi anda tidak perlu risau jika ia terjatuh. Selain itu, ia juga mempunyai rating kalis air IP54 yang bermaksud ia boleh dikenakan simbahan air tanpa masalah.

    Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hijau Wilderness Green dan hitam Marble Black. Ia mempunyai berat 187 gram sahaja dan ketebalan 7.84mm yang membuatkannya mudah digenggam pada tangan.

    Antara spesifikasi menarik untuk telefon ini adalah skrin dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh, RAM dinamik sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 128GB.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme Note 60x:

    • Skrin LCD 6.74 inci, resolusi 1700×720, kadar segar semula 90Hz, kecerahan puncak 560 nits
    • Cipset Unisoc T612
    • RAM 4GB, boleh dibesarkan secara maya sehingga 12GB
    • Storan dalaman 64GB, boleh dibesarkan dengan microSD
    • Kamera belakang 8MP
    • Kamera hadapan 5MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Kadar pengecasan 10W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Sistem operasi Android 14 dengan realme UI
    • Menyokong Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0
    • Bicu audio 3.5mm, port USB-C
    • Warna hijau Wilderness Green dan hitam Marble Black
    • Rating kalis air IP54
    • Harga: RM369

    Setiap pelanggan realme Note 60x akan menerima Waranti Lanjutan 1 Tahun (bernilai RM149). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured