Site icon TechNave BM

realme Q3T dilancar: Skrin 144Hz, Snapdragon 778G, tri-kamera 48MP bermula ~RM1,370

realme telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan di China iaitu realme Q3T. Ciri yang paling menarik tentang telefon ini adalah pada skrinnya yang menyokong kadar segar semula 144Hz, iaitu kadar tertinggi dalam industri telefon pintar setakat ini.

Skrinnya berukuran 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ serta mempunyai kecerahan sehingga 600 nits dan lubang punch hole di bahagian atas kiri untuk kamera swafoto 16MP. Telefon ini dilengkapi cipset Snapdragon 778G iaitu cipset yang sangat popular di kalangan telefon kelas pertengahan.

Memorinya terdiri daripada storan 256GB dan RAM 8GB yang menawarkan fungsi Dynamic RAM Expansion (DRE) sehingga 5GB. Untuk bateri pula, ia berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W, di mana ia boleh mengecas daripada 0% ke 50% sepantas 25 minit.

Untuk kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera monokrom dan kamera makro. Perisiannya adalah realme UI 2.0 yang dibina berdasarkan Android 11.

realme Q3T akan dijual di China pada harga CNY2,099 (~RM1,370) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme

Exit mobile version