More

    realme Q3T dilancar: Skrin 144Hz, Snapdragon 778G, tri-kamera 48MP bermula ~RM1,370

    realme telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan di China iaitu realme Q3T. Ciri yang paling menarik tentang telefon ini adalah pada skrinnya yang menyokong kadar segar semula 144Hz, iaitu kadar tertinggi dalam industri telefon pintar setakat ini.

    Skrinnya berukuran 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ serta mempunyai kecerahan sehingga 600 nits dan lubang punch hole di bahagian atas kiri untuk kamera swafoto 16MP. Telefon ini dilengkapi cipset Snapdragon 778G iaitu cipset yang sangat popular di kalangan telefon kelas pertengahan.

    Memorinya terdiri daripada storan 256GB dan RAM 8GB yang menawarkan fungsi Dynamic RAM Expansion (DRE) sehingga 5GB. Untuk bateri pula, ia berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W, di mana ia boleh mengecas daripada 0% ke 50% sepantas 25 minit.

    Untuk kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera monokrom dan kamera makro. Perisiannya adalah realme UI 2.0 yang dibina berdasarkan Android 11.

    realme Q3T akan dijual di China pada harga CNY2,099 (~RM1,370) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured