realme Malaysia meraikan ulang tahun ke-7 dengan penganjuran tayangan perdana Demon Slayer: Infinite Castle pada 13 Ogos lalu yang menghimpunkan lebih 150 peminat dalam sebuah festival khas. Acara ini turut menjadi pentas pelancaran Real Friends Club iaitu sebuah program komuniti baharu untuk menghargai penyokong setia realme.
Melalui inisiatif ini, ahli bakal menikmati pelbagai keistimewaan termasuk peluang menjadi penguji awal telefon pintar realme, jemputan eksklusif ke acara pelancaran produk, akses terawal kepada koleksi maskot realmeow dalam bentuk figura dan barangan gaya hidup serta perjumpaan tahunan bersama barisan kepimpinan realme.
realme turut membuka pengambilan phone insider bagi siri Number Series yang akan datang untuk memberikan peluang kepada peminat teknologi bagi menyertai program ujian dan maklum balas eksklusif. Sempena Fan Festival yang diraikan setiap 28 Ogos, realme memperkenalkan kempen Free to Be Real dengan penampilan edisi terhad realmeow 300M Commemorative Edition.
Di samping itu, promosi istimewa di seluruh negara akan ditawarkan kepada peminat bersempena ulang tahun kali ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

