More

    realme rai ulang tahun ke-7 dengan pelancaran Real Friends Club – platform khas peminat setia

    realme Malaysia meraikan ulang tahun ke-7 dengan penganjuran tayangan perdana Demon Slayer: Infinite Castle pada 13 Ogos lalu yang menghimpunkan lebih 150 peminat dalam sebuah festival khas. Acara ini turut menjadi pentas pelancaran Real Friends Club iaitu sebuah program komuniti baharu untuk menghargai penyokong setia realme.

    Melalui inisiatif ini, ahli bakal menikmati pelbagai keistimewaan termasuk peluang menjadi penguji awal telefon pintar realme, jemputan eksklusif ke acara pelancaran produk, akses terawal kepada koleksi maskot realmeow dalam bentuk figura dan barangan gaya hidup serta perjumpaan tahunan bersama barisan kepimpinan realme.

    realme turut membuka pengambilan phone insider bagi siri Number Series yang akan datang untuk memberikan peluang kepada peminat teknologi bagi menyertai program ujian dan maklum balas eksklusif. Sempena Fan Festival yang diraikan setiap 28 Ogos, realme memperkenalkan kempen Free to Be Real dengan penampilan edisi terhad realmeow 300M Commemorative Edition.

    Di samping itu, promosi istimewa di seluruh negara akan ditawarkan kepada peminat bersempena ulang tahun kali ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...