Selain pelancaran siri GT 7, realme turut melancarkan dua aksesori baharu iaitu realme Buds Air7 Pro dan realme Magnetic Cooling Clip. Kedua-dua produk ini dilancarkan bersama dengan siri telefon pintar realme GT 7. realme Buds Air7 Pro muncul sebagai fon telinga paling pintar dalam kelasnya apabila hadir dengan sokongan Gemini AI.
Ini menjadikannya produk pertama dalam segmen ini dengan ciri-ciri seperti AI Live Translator, Face-to-Face Translator dan AI Inquiry. Pengguna boleh melakukan terjemahan masa nyata, komunikasi pelbagai bahasa dan mendapatkan maklumat segera secara langsung daripada fon telinga.
Daripada segi audio, Buds Air7 Pro dilengkapi pemacu Dual-DAC 11+6mm yang diperakui Hi-Res, menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 53dB dan enam mikrofon dengan AI Deep Noise Cancellation. Fon telinga ini menawarkan ketahanan bateri sehingga 48 jam dan hadir dengan reka bentuk premium Aviation Aluminium.
realme turut memperkenalkan Magnetic Cooling Clip, aksesori penyejuk telefon pintar yang direka khusus untuk peminat permainan mudah alih. Ia dilengkapi dengan kipas tujuh bilah berkelajuan tinggi yang mampu menurunkan suhu peranti sehingga 32°C membolehkan pengguna bermain dalam tempoh yang lama tanpa risiko panas yang melampau.
Ia hadir dengan berat hanya 53 gram dan menyokong dua jenis pemasangan iaitu magnetik atau clip-on. realme Buds Air7 Pro dijual pada harga RM399 dengan diskaun RM30 ditawarkan bermula 31 Mei hingga 30 Jun 2025 di semua kedai jenama realme, pengedar sah dan kedai rasmi di Shopee, Lazada serta TikTok Shop.
Sementara itu, realme Magnetic Cooling Clip boleh didapati pada harga RM149 melalui kedai jenama realme dan platform e-dagang terpilih. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

