More

    Siri realme GT 7 dilancar di Malaysia: Dimensity 9400e, bateri 7,000mAh, cas pantas 120W bermula RM1,999

    realme Malaysia hari ini memperkenalkan siri telefon pintar andalan (flagship) baharu untuk tahun ini iaitu realme GT 7 dan realme GT 7T. Kedua-duanya menampilkan cipset yang sangat canggih daripada MediaTek dan mampu menawarkan prestasi telefon yang sangat tinggi untuk tahun ini.

    realme GT 7 merupakan telefon pertama dalam Malaysia yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9400e. Ia merupakan cipset andalan yang dibina dengan nod proses 4nm TSMC dan menawarkan prestasi dalam golongan tiga telefon Android terpantas pada waktu ini, dengan markah penanda aras AnTuTu lebih 2.5 juta.

    Selain itu, ia juga merupakan telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi bateri besar 7,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas Ultra Charge 120W. Bateri besar ini boleh tahan dengan sangat lama, malah walaupun selepas bermain game selama lapan jam daripada pengecasan penuh, baterinya masih berada dalam paras 51%.

    Untuk pengecasan 120W, ia boleh mengecas daripada 1% hingga 50% dalam masa 14 minit, manakala pengecasan penuh mengambil masa 40 minit.

    Selain itu, ia mempunyai teknologi penyejukan IceSense Design yang menampilkan lapisan graphene yang diselitkan antara lapisan gentian kaca bagi meningkatkan pelesapan haba. Ia mempunyai keluasan 4000mm persegi dan menawarkan pelesapan haba sebanyak 24 kali ganda lebih tinggi berbanding lapisan gentian kaca standard.

    Seperti kebanyakan telefon andalan lain yang dilancar pada tahun ini, ia menawarkan beberapa fungsi berdasarkan kecerdasan buatan (AI) seperti AI Travel Snap Camera, AI Planner untuk mudahkan perancangan dan AI Gaming Coach untuk mudahkan anda bermain game.

    Sementara itu, realme GT 7T pula menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8400-Max. Walaupun tidak setaraf Dimensity 9400e, ia masih menawarkan prestasi yang tinggi, dengan markah penanda aras AnTuTu lebih 1.8 juta. realme GT 7 dan realme GT 7T mempunyai kebanyakan spesifikasi dan ciri-ciri yang sama, namun dengan beberapa perbezaan utama.

    Untuk perbezaan di antara realme GT 7 dengan realme GT 7T, ia hanyalah pada kamera (GT 7T tidak mempunyai lensa telefoto, tidak menyokong rakaman Dolby Vision Video) serta skrin yang tidak menyokong kandungan Dolby Vision.

    "
    "

    Untuk fungsi rakaman video pada kamera belakang, GT 7 boleh merakam dalam resolusi sehingga 4K 120fps, manakala GT 7T sekadar 4K 60fps sahaja. Selain itu, rakaman video hadapan pada GT 7 boleh merakam dalam resolusi sehingga 4K 60fps, manakala GT 7T sekadar 4K 30fps.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri telefon ini:

    realme GT 7

    • Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 2780×1264, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 6,000 nits, menyokong Dolby Vision
    • Cipset MediaTek Dimensity 9400e
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama IMX906 50MP + kamera telefoto 50MP + kamera ultra-lebar 8MP
    • Kamera hadapan IMX615 32MP
    • Bateri 7,000mAh
    • Pengecasan pantas 120W SUPERVOOC
    • Sistem operasi Android 15 dengan realme UI 6.0
    • Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4
    • Pilihan warna hitam atau biru
    • Harga: RM2,599

    realme GT 7T

    • Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 2800×1280, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,800 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 8400-MAX
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama IMX896 50MP + kamera ultra-lebar 8MP
    • Kamera hadapan IMX615 32MP
    • Bateri 7,000mAh
    • Pengecasan pantas 120W SUPERVOOC
    • Sistem operasi Android 15 dengan realme UI 6.0
    • Wi-Fi 6, Bluetooth 6.0
    • Pilihan warna hitam atau biru
    • Harga: RM1,999

    realme akan menganjurkan promosi khas untuk siri telefon ini, di mana jika anda membelinya dalam tempoh 31 Mei hingga 30 Jun 2025, anda akan menerima pakej hadiah bernilai RM997 yang terdiri daripada tongkat selfie, jaminan lanjutan 1 tahun dan jaminan skrin. Ia boleh dibeli di realme Brand Stores, Pengedar Sah serta Kedai Rasmi di Shopee, Lazada & TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...