Selain pelancaran realme C71, realme turut memperkenalkan fon kepala wayarles baharu dengan TechLife Studio H1 yang menawarkan keselesaan pemakaian sepanjang hari, hayat bateri yang tahan lama serta kualiti audio bertaraf studio. Fon kepala ini dilengkapi pemacu bass dinamik 40mm dan ciri pembatalan hingar aktif hibrid (ANC) sehingga 43dB.
Studio H1 mampu bertahan sehingga 70 jam dengan satu cas penuh dan untuk sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.4 serta sambungan dwi-peranti. Tambahan, terdapat juga mod kependaman rendah yang sesuai untuk permainan video atau tontonan kandungan dengan penyegerakan audio dan video yang tepat.
TechLife Studio H1 tampil dengan gaya ringkas dan moden serta rekaan boleh lipat untuk memudahkan penyimpanan. Ia turut dilengkapi dengan butang kawalan pintar untuk memainkan muzik, menjawab panggilan atau menukar lagu tanpa perlu menyentuh telefon. realme TechLife Studio H1 akan mula dijual di Malaysia bermula 25 Jun pada harga RM399.
Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Ivory Beats White dan Midnight Magic Black. Pembelian boleh dibuat menerusi kedai rasmi realme di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

