More

    realme turut perkenal TechLife Studio H1 di Malaysia, miliki ANC dan bateri 70 jam berharga RM399

    Selain pelancaran realme C71, realme turut memperkenalkan fon kepala wayarles baharu dengan TechLife Studio H1 yang menawarkan keselesaan pemakaian sepanjang hari, hayat bateri yang tahan lama serta kualiti audio bertaraf studio. Fon kepala ini dilengkapi pemacu bass dinamik 40mm dan ciri pembatalan hingar aktif hibrid (ANC) sehingga 43dB.

    Studio H1 mampu bertahan sehingga 70 jam dengan satu cas penuh dan untuk sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.4 serta sambungan dwi-peranti. Tambahan, terdapat juga mod kependaman rendah yang sesuai untuk permainan video atau tontonan kandungan dengan penyegerakan audio dan video yang tepat.

    TechLife Studio H1 tampil dengan gaya ringkas dan moden serta rekaan boleh lipat untuk memudahkan penyimpanan. Ia turut dilengkapi dengan butang kawalan pintar untuk memainkan muzik, menjawab panggilan atau menukar lagu tanpa perlu menyentuh telefon. realme TechLife Studio H1 akan mula dijual di Malaysia bermula 25 Jun pada harga RM399.

    Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Ivory Beats White dan Midnight Magic Black. Pembelian boleh dibuat menerusi kedai rasmi realme di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured