Site icon TechNave BM

realme V5 dilancarkan: Dimensity 720, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 30W pada harga ~RM910

realme telah melancarkan telefon kelas permulaan yang terbaru di China iaitu realme V5. Telefon pintar pertama dalam siri V ini dilengkapi bateri besar 5,000mAh dan menyokong teknologi pengecasan pantas SuperDart 30W yang boleh mengecas penuh selama 65 minit sahaja.

realme V5 dilengkapi skrin IPS LCD 6.5 inci yang mempunyai resolusi Full HD+ 1080 x 2400, nisbah aspek 20:9, kadar segar semula 90Hz dan touch sampling rate 180Hz. Ia juga mempunyai peratusan skrin-ke-badan sebanyak 90.7% dan dilindungi dengan panel Gorilla Glass.

Daripada segi kamera, realme V5 mempunyai empat kamera di belakang yang ditempatkan dalam bonggol berbentuk petak. Ia terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk kamera hadapan pula, ia adalah kamera 16MP yang berada di bahagian atas kiri skrin.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme V5:

realme V5 akan dijual dalam pasaran China pada harga CN¥1,499 (~RM910) untuk varian 6GB+128GB dan CN¥1,899 (~RM1,151) untuk varian 8GB+128GB. Masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme V5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version