More

    realme V5 dilancarkan: Dimensity 720, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 30W pada harga ~RM910

    realme telah melancarkan telefon kelas permulaan yang terbaru di China iaitu realme V5. Telefon pintar pertama dalam siri V ini dilengkapi bateri besar 5,000mAh dan menyokong teknologi pengecasan pantas SuperDart 30W yang boleh mengecas penuh selama 65 minit sahaja.

    realme V5 dilengkapi skrin IPS LCD 6.5 inci yang mempunyai resolusi Full HD+ 1080 x 2400, nisbah aspek 20:9, kadar segar semula 90Hz dan touch sampling rate 180Hz. Ia juga mempunyai peratusan skrin-ke-badan sebanyak 90.7% dan dilindungi dengan panel Gorilla Glass.

    Daripada segi kamera, realme V5 mempunyai empat kamera di belakang yang ditempatkan dalam bonggol berbentuk petak. Ia terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk kamera hadapan pula, ia adalah kamera 16MP yang berada di bahagian atas kiri skrin.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme V5:

    • Cipset MediaTek Dimensity 720
    • Skrin IPS LCD 6.5 inci 90Hz Full HD+
    • RAM 8GB atau 6GB
    • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD
    • Kamera utama 48MP f/1.8, kamera ultra-lebar 8MP f/2.3 dengan medan penglihatan 119°, kamera makro 2MP f/2.4, sensor kedalaman 2MP f/2.4
    • Rakaman video sehingga 4K pada 30fps, gerak perlahan pada 1080p sehingga 120fps, dilengkapi pentabilan imej UIS
    • Kamera hadapan 16MP f/2.0
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas SuperDart 30W, mampu mengecas penuh selama 65 minit
    • realme UI berdasarkan Android 10
    • Bicu audio 3.5mm, port USB Type-C, ruang dwi-kad SIM, pengimbas cap jari di bahagian sisi

    realme V5 akan dijual dalam pasaran China pada harga CNÂ¥1,499 (~RM910) untuk varian 6GB+128GB dan CNÂ¥1,899 (~RM1,151) untuk varian 8GB+128GB. Masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme V5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured