Pada Julai lalu, Qualcomm memperkenalkan cipset baharu untuk telefon pintar kelas permulaan iaitu Qualcomm Snapdragon 4s Gen 2 dan mereka turut mengesahkan bahawa Xiaomi bakal menjadi jenama pertama yang mengeluarkan telefon dengan cipset tersebut, namun model spesifiknya tidak diumumkan.
Kini terdapat laporan mengatakan bahawa telefon pertama yang dilengkapi cipset ini adalah Redmi 13 Pro 5G dan ia akan dilancar pada minggu hadapan di India dalam acara India Mobile Congress (IMC) 2024. Pada masa yang sama, Redmi 13 5G mungkin akan dilengkapi varian cipset yang lebih rendah iaitu Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 AE.
Snapdragon 4s Gen 2 dilengkapi lapan teras, terdiri daripada dua teras Cortex-A78 2.0GHz dan enam teras Cortex-A55 1.8GHz, dan merupakan Snapdragon 4 Gen 2 yang diturunkan prestasinya.
Antara spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk Redmi 13 Pro 5G termasuklah skrin LCD 6.7 inci dengan kadar 90Hz dan resolusi HD+, kamera utama 50MP, kamera swafoto 8MP, bateri 5,000mAh, kadar pengecasan 18W dan sistem operasi Android 14 dengan MIUI.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Smartprix

