More

    Qualcomm Snapdragon 4s Gen 2 dilancar: Cipset 5G khas untuk telefon pintar murah

    Qualcomm Technologies pada hari ini memperkenalkan cipset terbaru untuk telefon pintar mampu milik iaitu Snapdragon 4s Gen 2 Mobile Platform. Ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri penting untuk telefon kategori ini seperti prestasi CPU yang stabil, dual-band navIC untuk ketepatan yang lebih tinggi dalam GPS, audio yang dipertingkatkan melalui AI serta penstriman video dan pengalaman gaming yang lancar.

    Syarikat teknologi itu berkata cipset ini bakal membenarkan lebih 2.8 bilion pengguna di seluruh dunia untuk mengalami internet laju yang disediakan oleh rangkaian 5G, dengan kelajuan muat turun sehingga 1 Gbps.

    Cipset ini dibuat dengan nod proses 4nm dan mempunyai lapan teras yang terdiri daripada dua teras Cortex-A78 2.0GHz dan enam teras Cortex-A55 1.8GHz. Teras dalam Snapdragon 4s Gen 2 mempunyai kelajuan clock yang lebih rendah berbanding Snapdragon 4 Gen 2 sebanyak 200MHz.

    Jika dibandingkan dengan Snapdragon 4 Gen 2 standard, Snapdragon 4s Gen 2 mempunyai prestasi keseluruhan yang lebih rendah. Snapdragon 4s Gen 2 menyokong skrin Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz, RAM LPDDR4x 2,133MHz, sensor kamera sehingga 84MP, rakaman video 1080p 60fps dan kelajuan muat turun maksimum 1Gbps.

    Ia berbeza dengan Snapdragon 4 Gen 2 yang menyokong skrin 120Hz, RAM LPDDR5x 3,200MHz sensor kamera sehingga 108MP dan kelajuan muat turun maksimum 2.5Gbps.

    Xiaomi bakal menjadi jenama telefon pertama yang melancarkan peranti dengan cipset baharu ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...