Site icon TechNave BM

Redmi K40 akan masuk pasaran global sebagai telefon jenama POCO

Semalam, siri Redmi K40 telah dilancarkan untuk pasaran China. Kini, sumber menyatakan bahawa siri tersebut akan dilancarkan untuk beberapa negara luar dari China sebagai sebuah peranti jenama POCO.

Berdasarkan penyenaraian di Infocomm Media Development Authority (IMDA), nombor model M2012K11AG yang merujuk kepada Redmi K40 akan dilancarkan di Singapura sebagai sebuah peranti jenama POCO. Sama seperti Redmi K40, ia juga akan menyokong 5G.

Mengikut rekod POCO dan Redmi sebelum ini, peranti baru POCO ini mungkin akan diberi nama POCO F3 atau POCO F3 Pro.

Selalunya, Xiaomi akan melancarkan peranti baru mereka secara serentak untuk pasaran Malaysia dan Singapura. Adakah ini menandakan kehadiran siri POCO F3 di Malaysia tidak lama lagi?

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version