More

    Siri Redmi K40 dilancar: Snapdragon 888, kamera 108MP, AMOLED 120Hz bermula ~RM1,251

    Semalam, Redmi secara rasminya telah melancarkan siri yang paling dinantikan ramai, siri Redmi K40 di pasaran China. Siri baharu ini terdiri daripada Redmi K40, Redmi K40 Pro dan Redmi K40 Pro Plus. Terdahulu, beberapa model siri Redmi K30 dijenamakan semula menjadi peranti Xiaomi atau POCO pada peringkat global. Jadi, tidak mustahil untuk kita menjangkakan penjenamaan semula siri Redmi K40 untuk pasaran global tahun ini.

    Tiga model dalam siri Redmi K40 memiliki beberapa persamaan dan perbezaan spesifikasi. Antara perbezaannya adalah varian RAM, storan, cipset dan spesifikasi kamera. Anda boleh menyemak spesifikasi asas siri Redmi K40 seperti di bawah.

    Redmi K40 Pro Plus

    • Cipset Snapdragon 888
    • RAM 12GB + storan 256GB
    • Paparan AMOLED 6.67 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 360Hz (2400 x 1080)
    • Tiga kamera utama, 108MP Samsung HM2+ 8MP (ultra lebar 119 darjah) + 5MP (lensa telefoto)
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 4520mAh
    • Cas pantas 33W
    • Menyokong sensor cap jari di sisi, rating IP53
    • Pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio

    Redmi K40 Pro

    • Cipset Snapdragon 888
    • RAM 6GB/8GB + storan 128GB/256GB
    • Paparan AMOLED 6.67 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 360Hz (2400 x 1080)
    • Tiga kamera utama, 64MP + 8MP (ultra lebar 119 darjah) + 5MP (lensa telefoto)
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 4520mAh
    • Cas pantas 33W
    • Menyokong sensor cap jari di sisi, rating IP53
    • Pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio

    Redmi K40

    • Cipset Snapdragon 870
    • RAM 6GB/8GB/12GB + storan 128GB/256GB
    • Paparan AMOLED 6.67 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 360Hz (2400 x 1080)
    • Tiga kamera utama, 48MP + 8MP (ultra lebar 119 darjah) + 5MP (lensa telefoto)
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 4520mAh
    • Cas pantas 33W
    • Menyokong sensor cap jari di sisi, rating IP53
    • Pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio

    Menurut Redmi, skrin pada ketiga-tiga model menyokong DCI-P3 dan HDR10+. Pengecasan 33W pula mampu mengecas penuh bateri 4520mAh dalam masa 52 minit sahaja dan kelajuan ini disetarakan dengan pengecasan 55W.

    Setakat ini, kami masih ketiadaan berita mengenai kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia. Namun, kita boleh menjangkakan penjenamaan semula peranti ini sebagai peranti POCO, Xiaomi atau Redmi.

    Berikut adalah harga siri Redmi K40:

    • Redmi K40 Pro+ 12GB+256GB = 3699 Yuan (~RM2,315)
    • Redmi K40 Pro 6GB+128GB = 2799 Yuan (~RM1,751)
    • Redmi K40 Pro 8GB+128GB = 2999 Yuan (~RM1,877)
    • Redmi K40 Pro 8GB+256GB = 3299 Yuan (~RM2,064)
    • Redmi K40 6GB+128GB = 1999 Yuan (~RM1,251)
    • Redmi K40 8GB+128GB = 2199 Yuan (~RM1,376)
    • Redmi K40 8GB+256GB = 2499 Yuan (~RM1,563)
    • Redmi K40 12GB+256Gb = 2699 Yuan (~RM1,689)

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured