Site icon TechNave BM

Redmi K50 mungkin akan dilengkapi pengecasan pantas 67W

Khabar tentang telefon pintar andalan Redmi K50 telah pun rancak dilaporkan sejak eskskutif Redmi, Lu Weibing, berkata tentangnya pada bulan lepas. Spesifikasi untuk telefon tersebut masih lagi belum diketahui namun kini terdapat sumber yang telah mengetahui kadar pengecasannya serta beberapa spesifikasi lain.

Menurut sumber, Redmi K50 akan menyokong pengecasan pantas 67W. Ini adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding Redmi K40 dan Redmi K40 Pro yang dilengkapi pengecasan pantas 33W sahaja.

Spesifikasi lain yang dijangka untuk Redmi K50 termasuklah skrin 120Hz, dan kamera utama 108MP. Memandangkan cipset yang dijangka untuk telefon ini adalah Snapdragon 895 dengan proses 4nm, ia mungkin akan dilancarkan pada tahun hadapan, terutamanya sewaktu Sambutan Musim Bunga di China pada bulan Februari.

Sebelum ini, Redmi K40 telah dilancarkan pada bulan Februari tahun ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version