Siri Redmi K60 mempunyai versi yang paling berkuasa iaitu Redmi K60 Ultra. Peranti ini dilengkapi dengan cipset andalan Dimensity 9200+ yang masih belum dikeluarkan oleh MediaTek. Dimensity 9200+ ialah versi peningkatan daripada Dimensity 9200 dan kadar proses CPU juga akan ditingkatkan.
Dimensity 9200 terdiri daripada 3 teras super besar, 3 teras besar A715 dan 4 teras kecil A510. Kadar proses untuk teras super besar ialah 3.05GHz dan GPU ialah Immortalis-G715. Dimensity 9200+ juga harus direka bentuk dengan seni bina 1+3+4 dan kadar proses utama teras super besar akan melebihi 3.05GHz yang juga dibina oleh proses 4nm generasi kedua TSMC.
Daripada segi ujian penanda aras, skor AnTuTu Dimensity 9200 melebihi 1.2 juta mata dan skor AnTuTu Dimensity 9200+ dijangka melebihi 1.3 juta mata. Ia akan bersaing dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang memeiliki skor AnTuTu melebihi 1.3 juta.
Sama-sama kita nantikan kemunculan peranti andalan daripada Redmi ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

