More

    Redmi K60 Ultra bakal hadir dengan cipset Dimensity 9200+ terbaharu

    Siri Redmi K60 mempunyai versi yang paling berkuasa iaitu Redmi K60 Ultra. Peranti ini dilengkapi dengan cipset andalan Dimensity 9200+ yang masih belum dikeluarkan oleh MediaTek. Dimensity 9200+ ialah versi peningkatan daripada Dimensity 9200 dan kadar proses CPU juga akan ditingkatkan.

    Dimensity 9200 terdiri daripada 3 teras super besar, 3 teras besar A715 dan 4 teras kecil A510. Kadar proses untuk teras super besar ialah 3.05GHz dan GPU ialah Immortalis-G715. Dimensity 9200+ juga harus direka bentuk dengan seni bina 1+3+4 dan kadar proses utama teras super besar akan melebihi 3.05GHz yang juga dibina oleh proses 4nm generasi kedua TSMC.

    Daripada segi ujian penanda aras, skor AnTuTu Dimensity 9200 melebihi 1.2 juta mata dan skor AnTuTu Dimensity 9200+ dijangka melebihi 1.3 juta mata. Ia akan bersaing dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang memeiliki skor AnTuTu melebihi 1.3 juta.

    Sama-sama kita nantikan kemunculan peranti andalan daripada Redmi ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured