Site icon TechNave BM

Redmi Note 10 Pro 5G bakal dilancar secara global sebagai POCO X3 GT!

Baru-baru ini, POCO telah melancarkan sebuah telefon kelas pertengahan mereka, POCO M3 Pro 5G. Pada masa yang sama, terdapat juga sumber dalam talian yang memberitahu bahawa POCO F3 GT akan dilancarkan secara global tidak lama lagi dan ia adalah penjenamaan semula untuk Redmi K40 Gaming Edition.

Kini, sebuah lagi telefon model GT akan dilancarkan oleh POCO iaitu POCO X3 GT. Telefon ini dikhabarkan adalah telefon versi global untuk Redmi Note 10 Pro 5G (China) yang telah dilancarkan bulan lalu.

POCO X3 GT dijangka hadir dengan skrin 6.6 inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia juga dilengkapi cipset Mediatek Dimensity 1100, tiga kamera dengan kamera utama 64MP, kamera swafoto 16MP, RAM 6/8GB, storan 128/256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Ia juga bakal menggunakan perisian Android 11 dengan antara muka MIUI 12.5. Peranti ini dijangka akan dijual pada tanda harga sedikit lebih murah dari POCO F3, sekitar $300 (~RM1,239).

Redmi Note 10 Pro 5G (China)

Adakah anda berminat dengan POCO X3 GT? Ataupun POCO F3 GT? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version