Site icon TechNave BM

Reka bentuk ROG Phone 7 didedah, hampir sama dengan ROG Phone 6

ASUS ROG Phone 7 akan dilancarkan pada 13 April 2023 tidak lama lagi dan seperti biasa, beberapa butiran telah didedahkan menjelang pelancarannya. 

Daripada segi reka bentuk, ia masih kelihatan lebih kurang sama dengan ASUS ROG Phone 6. Mula-mula, nampaknya ROG Phone 7 akan meneruskan model putihnya dengan panel LED, kamera belakang dan hadapan. Kemudian, ia diikuti dengan USB-C, bicu audio 3.5mm, sepasang pembesar suara di bahagian atas dan bawah masih keal pada kedudukannya.

Walau bagaimanapun, kami juga mendapat gambaran mengenai Aero Active Cooler dan ia kelihatan lebih besar daripada biasa. Sekiranya anda tidak tahu, penyejuk adalah aksesori untuk membantu menurunkan suhu di bahagian belakang ROG Phone 7. Selain itu, dwi-bateri 3,000mAh turut kembali.

Daripada segi spesifikasi teknologi, kami menjangkakan ROG Phone 7 akan menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2 terkini, RAM 16GB, pengecasan pantas 65W dandan perisian Android 13. Saiz paparan AMOLED mungkin lebih panjang sedikit berukuran 6.78 inci dengan kadar penyegaran 165Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version