Site icon TechNave BM

Reka bentuk, warna dan harga POCO X3 Pro dibocorkan! Bermula pada ~RM1,319

POCO Global termasuk POCO Malaysia baru sahaja mengacah tarikh pelancaran peranti POCO terbaru pada 22 Mac 2021. POCO India pula secara terang-terangan telah mengumumkan tarikh rasmi pelancaran POCO X3 Pro di negara tersebut iaitu pada 30 Mac. Terkini, sumber menemui peruncit yang dilihat mendedahkan harga dan varian POCO X3 Pro.

POCO X3 Pro dilihat bakal hadir dengan pilihan RAM 6GB + storan 128GB dan RAM 8GB + storan 256GB. Ia juga bakal hadir dengan tiga pilihan warna seperti Phantom Black (hitam), Frost Blue (biru) dan Metal Bronze. Sementara itu, terdapat juga sumber yang mendedahkan rekaan awal reka bentuk POCO X3 Pro yang dilihat seakan POCO X3 dahulu, tetapi dengan warna berbeza.

Sepintas lalu, POCO X3 Pro dijangka hadir dengan Snapdragon 860 (cipset belum diumum), skrin FHD+ 120Hz, bateri sekitar 5000mAh, sistem kamera kuad 48MP dan sokongan cas pantas 33W. Namun, masih kekal misteri sama ada ia bakal dilengkapi skrin AMOLED atau skrin jenis LCD.

Apa pun, kita perlu menunggu kesahihan harga melalui berita pelancarannya. Apakah pendapat anda mengenai harga yang didedahkan ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version