Site icon TechNave BM

Rekaan dan spesifikasi ASUS ZenFone 9 tertiris dalam sebuah video pendek

Para peminat ASUS sudah tertanya-tanya bilakah siri telefon pintar ASUS ZenFone 9 akan dilancar pada tahun ini, memandangkan ASUS ZenFone 8 telah dilancar pada bulan Mei tahun lepas. Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak perlu tunggu lama lagi kerana sebuah video promosi untuk telefon itu telah tertiris.

Video tersebut menunjukkan rekaan penuh untuk ZenFone 9, di mana ia mempunyai bentuk kompak yang terdapat pada ZenFone 8. Ia mempunyai dua kamera di belakang, manakala di hadapan terdapat kamera swafoto dalam lubang tebuk pada skrin. Ia mungkin akan ditawarkan dalam warna merah, putih, biru dan hitam.

Spesifikasinya juga turut ditulis dalam video tersebut, di mana ia bakal dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED berukuran 5.9 inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,300mAh, sensor kamera utama 50MP Sony IMX766 dengan penstabilan gimbal dan imej optikal (OIS), pembesar suara stereo dan rating kalis air IP68.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ZenFone 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version