Site icon TechNave BM

Rekaan OnePlus Open ditunjukkan secara ringkas oleh pelakon India

OnePlus dijangka akan melancarkan telefon pintar lipatnya yang pertama, OnePlus Open, pada 19 Oktober 2023. Buat masa ini syarikat teknologi itu masih belum menunjukkan rekaan telefon lipat tersebut, namun seorang pelakon India telah menunjukkannya secara tidak langsung.

Dalam beberapa video yang dirakam oleh paparazzi di India, pelakon Anushka Sharma sedang duduk di dalam sebuah kereta dan beliau dilihat menggunakan telefon lipat OnePlus Open serta menunjukkan rekaannya secara ringkas.

Rekaan telefon lipat itu boleh dilihat dengan agak jelas, di mana ia mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat dan permukaan belakang berwarna hitam. Gerakan tangannya nampak seperti beliau memang ingin menunjukkan telefon itu kepada paparazzi, supaya ia boleh dipaparkan dalam media tempatan.

Setakat ini rekaan dan spesifikasi untuk OnePlus Open masih belum diketahui, namun ia dikhabarkan sekadar OPPO Find N2 yang dijenamakan semula untuk OnePlus. Memandangkan OnePlus adalah sebuah syarikat yang berada di bawah naungan OPPO, ini bukanlah perkara yang mengejutkan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Open dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version