More

    OnePlus Open dijangka akan dilancar pada 19 Oktober 2023

    Khabar angin mengenai telefon pintar boleh lipat OnePlus Open pada mulanya mencadangkan pengumuman mengenai peranti itu pada lewat Ogos, tetapi isu dengan pembekal skrin (BOE) menyebabkan kelewatan dan beralih kepada panel Samsung.

    Menurut juru maklumat Max Jambor, tarikh pelancaran baharu kini ditetapkan pada 19 Oktober 2023, hampir dua bulan lewat daripada sasaran asal. Eksekutif OnePlus mengesahkan pada acara TechCrunch Disrupt 2023 bahawa peranti boleh lipat akan dilancarkan “tidak lama lagi,” tanpa menyatakan tarikh atau spesifikasi.

    OnePlus Open dijangka berkongsi perkakasan dengan OPPO Find N3, di mana OnePlus Open akan memasuki pasaran global manakala Find N3 kekal di China. Pelancaran Find N3 dijangka berdekatan dengan OnePlus Open. Pelancaran yang ditangguhkan ini akan meningkatkan persaingan, terutamanya dalam pasaran utama seperti India dan Amerika Syarikat, di mana peranti boleh lipat mendatar agak jarang berlaku.

    Untuk spesifikasi, peranti ini mungkin membawa paparan dalaman 7.82 inci dan paparan luaran 6.31 inci dengan nisbah skrin 20:9. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...