Site icon TechNave BM

Rekaan Samsung Galaxy A35 dan Galaxy A55 tertiris, tampilkan 3 warna

Khabar angin tentang siri telefon pintar kelas pertengahan, Samsung Galaxy A35 dan Samsung Galaxy A55, semakin banyak dikhabarkan pada waktu ini yang mungkin menandakan pelancarannya dalam masa terdekat. Kini, rekaan kedua-dua telefon itu telah tertiris melalui pengkhabar berita teknologi Evan Blass.

Galaxy A35 dan Galaxy A55 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan merah jambu. Sungguh pun begitu, salah satu model akan ditawarkan dalam warna kuning. Sebuah poster turut menunjukkan simbahan air di sekeliling telefon, menandakan bahawa ia bakal mempunyai rating kalis air.

Samsung Galaxy A35
Samsung Galaxy A55
Poster yang menunjukkan rating kalis air

Skrinnya mempunyai sempadan bezel yang nipis dan sekata di semua sisi, manakala di belakang pula terdapat tiga lensa kamera dengan rekaan yang mirip dengan Galaxy A34 atau Galaxy A54 pada tahun lepas. Di bahagian sisi, butang kuasa dan volume diletakkan di atas sebuah bonggolan kecil.

Galaxy A35 dijangka akan dilengkapi cipset Exynos 1380, manakala Galaxy A55 akan dilengkapi cipset Exynos 1480. Sebelum ini, Galaxy A55 sudah disenaraikan dalam pangkalan data TENAA dengan nombor model SM-A5560 serta dilengkapi cipset Exynos 1480 dan RAM 8GB.

Pada tahun lalu, Galaxy A34 dan Galaxy A54 telah dilancar pada bulan Mac 2023, jadi kita boleh jangkakan pelancaran Galaxy A35 dan Galaxy A55 pada waktu yang serupa pada tahun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version