More

    Rekaan Samsung Galaxy A35 dan Galaxy A55 tertiris, tampilkan 3 warna

    Khabar angin tentang siri telefon pintar kelas pertengahan, Samsung Galaxy A35 dan Samsung Galaxy A55, semakin banyak dikhabarkan pada waktu ini yang mungkin menandakan pelancarannya dalam masa terdekat. Kini, rekaan kedua-dua telefon itu telah tertiris melalui pengkhabar berita teknologi Evan Blass.

    Galaxy A35 dan Galaxy A55 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan merah jambu. Sungguh pun begitu, salah satu model akan ditawarkan dalam warna kuning. Sebuah poster turut menunjukkan simbahan air di sekeliling telefon, menandakan bahawa ia bakal mempunyai rating kalis air.

    Samsung Galaxy A35
    Samsung Galaxy A55
    Poster yang menunjukkan rating kalis air

    Skrinnya mempunyai sempadan bezel yang nipis dan sekata di semua sisi, manakala di belakang pula terdapat tiga lensa kamera dengan rekaan yang mirip dengan Galaxy A34 atau Galaxy A54 pada tahun lepas. Di bahagian sisi, butang kuasa dan volume diletakkan di atas sebuah bonggolan kecil.

    Galaxy A35 dijangka akan dilengkapi cipset Exynos 1380, manakala Galaxy A55 akan dilengkapi cipset Exynos 1480. Sebelum ini, Galaxy A55 sudah disenaraikan dalam pangkalan data TENAA dengan nombor model SM-A5560 serta dilengkapi cipset Exynos 1480 dan RAM 8GB.

    Pada tahun lalu, Galaxy A34 dan Galaxy A54 telah dilancar pada bulan Mac 2023, jadi kita boleh jangkakan pelancaran Galaxy A35 dan Galaxy A55 pada waktu yang serupa pada tahun ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured