Site icon TechNave BM

Resident Evil Village kini boleh dimuat turun pada siri iPhone 15 Pro dan iPad M1

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan bagi peminat game Resident Evil kerana game itu kini boleh dimuat turun pada siri iPhone 15 Pro seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini. Anda boleh memuat turun melalui App Store yang memerlukan ruang penyimpanan yang agak kecil sebanyak 16GB.

Game Resident Evil Village ini dapat dimainkan dengan menggunakan skrin sentuh atau alat kawalan pihak ketiga seperti PlayStation Dual Sense. Walaupun sambungan USB-C turut disokong tetapi sambungan tetikus dan papan kekunci masih belum disediakan.

Perlu diingat balik bahawa game ini hanya boleh dimainkan pada siri iPhone 15 Pro. Bukan itu sahaja, bagi pemilik iPad, ia hanya boleh dimainkan pada siri iPad dengan cip M1 atau yang lebih baru pada masa ini.

Beritahu pengalaman anda bermain game Resident Evil Village di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version