Site icon TechNave BM

Saluran WhatsApp capai 500 juta pengguna, kini hadir dengan ciri pelekat

Saluran WhatsApp iaitu ciri baharu yang membolehkan anda mengikuti kemas kini daripada selebriti, pasukan dan organisasi kegemaran anda, telah melepasi 500 juta pengguna aktif bulanan dalam masa tujuh minggu dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Mark Zuckerberg.

Sehubungan dengan itu, Saluran telah memperoleh ciri baharu iaitu Pelekat. Anda boleh menggunakannya untuk memeriahkan saluran anda seperti yang anda lakukan dalam sembang peribadi dengan menjadikan saluran lebih interaktif dan menarik untuk pengikut.

Beberapa saluran popular yang menggunakan pelekat termasuk Zoo Negara Malaysia, MyMDEC, Cereka, JomCheck, MIASA Malaysia dan banyak lagi. Saluran WhatsApp ialah cara baharu untuk mendapatkan kemas kini daripada orang, organisasi dan pasukan yang anda ikuti di WhatsApp.

Saluran adalah berasingan daripada sembang peribadi dan orang yang anda pilih untuk mengikuti tidak dapat dilihat oleh pengikut lain. Anda boleh menyertai mana-mana saluran dengan mengimbas kod QR atau klik pada pautan dan anda juga boleh membuat saluran anda sendiri seterusnya menjemput orang lain untuk mengikuti anda.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version