Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan Galaxy S21 untuk pasaran Malaysia pada hari ini!

Samsung telah pun melancarkan telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 secara antarabangsa pada 14 Januari lalu dan kini ia akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada hari ini (26 Januari) jam 9:00 malam. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara eksklusif di saluran televisyen TV3.

Beberapa personaliti hiburan akan mengacarakan majlis pelancaran tersebut, termasuklah Ismail Izzani, Nabila Razali, Elly Mazlein dan Norman Hakim. Pelancaran tersebut akan turut dibuat di saluran Astro AEC dan laman Facebook Xiao MY pada 27 Januari jam 9:30 malam di mana ia akan diacarakan oleh Yoke Chen, Darren Ch’ng, Jie Ying dan ramai lagi.

Maklumat tentang pakej khas untuk pembelian Galaxy S21 akan diumumkan dalam acara tersebut. Selain itu, para penonton berpeluang memenangi pelbagai hadiah Samsung menarik dengan menyertai sesi soal jawab. Jangan lupa untuk baca artikel pelancaran Galaxy S21 untuk maklumat penuh tentang siri telefon ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menjadi pemilik telefon Samsung Galaxy S21 yang pertama di Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version