Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan stilus S Pen Pro untuk Galaxy S21 Ultra

Telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 Ultra yang merupakan varian tercanggih dalam siri Galaxy S21 mampu menyokong penggunaan stilus S Pen seperti dalam siri Galaxy Note. Walau bagaimanapun, sebarang stilus tidak disertakan dalam kotak Galaxy S21 Ultra dan pelanggan perlu membelinya secara berasingan atau menggunakan S Pen daripada peranti Galaxy yang lain.

Kini Samsung mengatakan stilus S Pen Pro untuk S21 Ultra yang lebih besar daripada S Pen biasa bakal dilancarkan pada lewat tahun ini. S Pen Pro bakal menyokong gerakan udara (air gestures) dan hubungan Bluetooth untuk penggunaan stilus dalam Galaxy S21 Ultra yang lebih lengkap. Selain itu, S Pen Pro juga boleh digunakan dalam semua peranti Galaxy yang menyokong penggunaan S Pen pada skrinnya.

Penggunaan S Pen dalam Galaxy S21 Ultra mendapat kritikan daripada pengguna kerana ia tidak menyokong pelbagai fungsi stilus yang terdapat dalam siri Galaxy Note. Dengan pengenalan S Pen Pro, Samsung mungkin akan menyelesaikan masalah tersebut dalam Galaxy S21 Ultra.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version