Site icon TechNave BM

Samsung bakal lancarkan aksesori edisi Pokémon untuk Galaxy Z Flip 4, Buds 2 Pro dan Watch 5

Kini, terdapat edisi khas Pokémon untuk Galaxy Z Flip 4 5G, Galaxy Buds 2 Pro dan Galaxy Watch 5 Series. Malangnya, ia hanya terdapat di Singapura dan bukan Malaysia.

Reka bentuknya agak minima dengan imej animasi Poke Balls di seluruh tali jam tangan dan penutup telefon Galaxy Z Flip 4 5G bersama Squirtle, Charmander, Bulbasaur dan Pikachu.

Walau bagaimanapun, sarung pengecas Poke Ball untuk Galaxy Buds 2 Pro adalah yang terbaik. Ia mungkin kelihatan terlalu besar tetapi sangat menarik perhatian bagi peminat animasi. Selain itu, Samsung berkata ia serasi dengan Galaxy Buds 2, Galaxy Buds Live dan Galaxy Buds Pro. 

Koleksi bertemakan Pokémon akan disediakan di Singapura mulai 23 November secara eksklusif melalui Samsung Online Store dan Samsung Experience Stores. Di bawah merupakan julat harga sekiranya anda berminat ingin dapatkan edisi ini:

Samsung Singapura juga akan menawarkan promosi terhad dari 23 November hingga 30 November. Pengguna yang membeli Galaxy Buds2 Pro akan menerima Edisi Sampul Pokémon Galaxy Buds2 percuma sementara stok masih ada.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Samsung Newsroom Singapore

Exit mobile version